About Me

My photo
..juSt an ORdinAry pErSon .... LeaRn to Be EXTRA oRdiNarY ...

Islamic Widget

cebisan kenangan

21.10.09

PiDatO piALa diRaja 2009



PUTRAJAYA 15 Okt. - Pasangan adik-beradik, Nur Adilla Abd. Rahim, 16, dan adiknya, Nur Aqilla, 12, dinobatkan sebagai juara Pertandingan Pidato Piala Diraja Ke-27 peringkat kebangsaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Kejayaan bagi kategori sekolah menengah dan rendah itu melayakkan kedua-duanya membawa pulang piala pusingan, wang tunai masing-masing RM1,000 dan RM800 beserta sijil penyertaan.

Mereka yang mewakili Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Butterworth, dan Sekolah Menengah Agama Al-Irsyad, Pulau Pinang menyifatkan kejayaan sungguh bermakna itu merupakan keajaiban dan anugerah yang tidak terhingga daripada Ilahi.

Anak pertama dan kedua kepada pasangan Abd. Rahim Sudin, 56, dan Rozita Lazim, 41, itu turut tidak menyangka impian bapanya untuk melihat kejayaan mereka berdua menerusi pertandingan tersebut akhirnya tercapai.

''Ini merupakan hadiah paling berharga untuk ibu bapa kami yang banyak memberi dorongan dan sumber inspirasi sehingga kami mencapai tahap ini.

''Selain itu minat kami membaca buku-buku ilmiah, majalah, surat khabar serta blog di Internet banyak membantu kepada kejayaan ini," kata Nur Adilla yang pernah menjadi juara pertandingan itu bagi kategori sekolah rendah pada 2005.

Sementara itu, Nur Aqilla berharap kejayaan kali pertama ini akan menjadi pendorong kepadanya untuk terus menceburkan diri dalam bidang tersebut sekali gus mencipta kejayaan lain.

''Banyak yang boleh kita pelajari dengan membaca kerana menerusinya kita memperoleh idea, pengajaran dan pengalaman bagaimana untuk berjaya dalam hidup," katanya yang meminati buku himpunan mutiara kata petikan ucapan pemimpin-pemimpin tersohor dunia.

Kemenangan Nur Aqilla menewaskan dua peserta lain, Nur Ainna Maryam Nor Azman dari Sekolah Kebangsaan Kangkong, Pasir Mas, Kelantan dan Nasuha Yaacob dari Sekolah Kebangsaan Sri Kulim, Kedah yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu Nur Adilla pula mengalahkan Muhammad Izzat Syameer Mohd. Zaid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati, Pasir Mas, Kelantan dan Nurhaziqah Norani dari Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdullah, Kuching Sarawak.

Utusan Malaysia

*****
Assalamualaikum..
cuma nak beritahu,FJ ada disana.haha.
.........

Wakil Kedah untuk kategori sekolah menengah,Kak Shida dapat top 5 daripada 16 orang peserta kalau tak silap FJ.
Satu pencapaian yang sememangnya membanggakan seluruh warga Badlishah*clap3*..hehe..
Tahniah kak..

Baiklah,buat kedua-dua johan.Pada FJ saudari Aqilla dan Adilla ni memang layak untuk merangkul gelaran johan.Bakat mereka untuk menjadi pemidato yang hebat memang terserlah berbanding peserta-peserta yang lain.Ada sahaja idea yang dilontarkan dan yang paling menarik semestinya melalui slot pidato spontan.Sememangkan tidak dapat disangkal lagi kepetahan bicara dua beradik ini..
Paling Fj ingat,kedua-dua pemidato ini menggunakan butir bicara yang hampir sama dan mengundang tawa seluruh ahli dewan"unta-unta dan Pulau Mutiara"
Perkataan yang meyakinkan lagi para hadirin dan sepertinya menyatakan "ya..Aqilla dan Adilla ini memang dua beradik"..mungkin juga ada yang menggeleng sambil *tersenyum*.. :)

Bakat mereka semakin terserlah apabila berani memasukkan dialek Pulau Pinang atau Pulau Mutiara semestinya..
jika tidak silap..begini lagaknya "mai mami nak habaq maaiii nii...."sambil tangan memanggil digawangkan....hurm..berani kan ?apa ada pemidato yang lain melakukan aksi sebegitu?haha..
Setiap pergerakan tangan,pergerakan bebola mata dan bait-bait kata yang lahir memang diadun sesempurna yang mungkin.Memang menarik..seperti ada magnet yang menarik perhatian..ilmu apa ya yang mereka gunakan?ilmu alam mungkin?ah,apa perkaitannya pula mata pelajaran geografi dengan pidato?adakah kerana keduanya menggunakan bahasa Melayu?haha...

Tahniah buat adik Nasuha dengan gapaian pencapaian tempat ketiga bagi peringkat sekolah rendah.Wakil Kedah,org Kulim lagi..haha.InsyaAllah,adik bakal jadi pemidato yang berjaya satu hari nanti..

Sekian sahaja..

FJ
9:16:56 p.m


0 comments:

 
Copyright @ 2008 BiCaRa GLokaL: PiDatO piALa diRaja 2009 | Design By: NT-Webagentur | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top