About Me

My photo
..juSt an ORdinAry pErSon .... LeaRn to Be EXTRA oRdiNarY ...

Islamic Widget

cebisan kenangan

26.11.09

Eid Adha

Assalamualaikum..dan..



yey..yey..esok raya!yey!!! *owh oh..anda ingin melompat? silakan..*
Sempena hari esok yang akan menjelang,Fj nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha buat seluruh umat Islam dekat mana pun anda semua berada.Pada yang nak pulang ke kampung tu,berhati-hatilaa di jalan,tak kira laa di jalan raya,jalan denai ke jalan kereta api ke..bahkan jalan sungai sekalipun,berhati hatilah.jangan biarkan diri terkorban sbb esok yang akan dikorbankan hanyalah lembu dan kambing di kandang..InsyaAllah,moga dimudahkan setiap urusan..

Di kesempatan ini jugak Fj nak ucap selamat hari raya korban buat kawan2..*huhu..sob3..rindu kalian*..
buat cikgu2 semua..buat jiran2 setaman,dan juga ucapan khas buat saudara mara,adik beradik semualah..raya elok2,jangan pakai baju warna terang2 sangat kalau tak nnti esok kena lari keliling kampung...lembu ke mana diri ke mana :P
pastikan anda adalah salah seorang pemegang sah prudential assurance atau yang seangkatan dengannya...
maklumat yang lebih lanjut anda boleh dapatkan disini atau di
sini..
sekian terima kasih..

owh oh..Kak Huda..eid milad sa'id yaaa...xnak belanja makan ke?hoho..

Akhir kata..Salam Eid Adha.. :)

FJ
12:01:35 a.m.

30.10.09

LiTTle StaR dAy

A

ssalamualaikum..


Mempersembahkan!!!!!


Hari Bintang Kecil SMKSB 2009...



FORUM REMAJA

NASYID
CHOIR
AYMAN N CINDERELLA
JOHAN BUSANA
NAIB JOHAN BUSANA
NYANYIAN LAGU PATRIOTIK
PIDATO
DIKIR BARAT
PUISIDRA


yaaa...dapat baca atas tu?Zutto Tomadachi?
InsyaAllah..amin...

sekian,salam permisi daripada serikandi jelapang padi..hahahaha

FJ
9:06:56 a.m.

29.10.09

BinTaNg KeCiL



Sedang berlangsungnya Hari Bintang Kecil SMKSB 2009 bagi kali ke-9..
Semoga majlis berjalan dengan selancar yang mungkin..

InsyaAllah..

FJ
7:2:45 a.m.

******************

itu post pagi tadi..sekarang dah petang pun.haha
Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar..puisidra tadi adalah yang terbaik pernah kumpulan 2a7 persembahkan..terima kasih buat semua yang terlibat terutamanya Cikgu Suhana..
owh owh,nak tahu apa yang kitaorang dapat???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

biarlah rahsia..mana leyh habaq...hehe
.
.
.
hadiah tu akan jadi sebahagian daripada kenangan 'kita-kita' sahaja...memori terindah..
terima kasih semua... :)

(FJ dapat test pad smksb untuk hafazan..kotak apa ntah n some other stuff untuk blog...kotak??ok lah tu daripada katak..haha..)

style
x? *kening-kening*
..hahaha..

sekian..
FJ
4:37:27 p.m.

21.10.09

PiDatO piALa diRaja 2009



PUTRAJAYA 15 Okt. - Pasangan adik-beradik, Nur Adilla Abd. Rahim, 16, dan adiknya, Nur Aqilla, 12, dinobatkan sebagai juara Pertandingan Pidato Piala Diraja Ke-27 peringkat kebangsaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Kejayaan bagi kategori sekolah menengah dan rendah itu melayakkan kedua-duanya membawa pulang piala pusingan, wang tunai masing-masing RM1,000 dan RM800 beserta sijil penyertaan.

Mereka yang mewakili Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Butterworth, dan Sekolah Menengah Agama Al-Irsyad, Pulau Pinang menyifatkan kejayaan sungguh bermakna itu merupakan keajaiban dan anugerah yang tidak terhingga daripada Ilahi.

Anak pertama dan kedua kepada pasangan Abd. Rahim Sudin, 56, dan Rozita Lazim, 41, itu turut tidak menyangka impian bapanya untuk melihat kejayaan mereka berdua menerusi pertandingan tersebut akhirnya tercapai.

''Ini merupakan hadiah paling berharga untuk ibu bapa kami yang banyak memberi dorongan dan sumber inspirasi sehingga kami mencapai tahap ini.

''Selain itu minat kami membaca buku-buku ilmiah, majalah, surat khabar serta blog di Internet banyak membantu kepada kejayaan ini," kata Nur Adilla yang pernah menjadi juara pertandingan itu bagi kategori sekolah rendah pada 2005.

Sementara itu, Nur Aqilla berharap kejayaan kali pertama ini akan menjadi pendorong kepadanya untuk terus menceburkan diri dalam bidang tersebut sekali gus mencipta kejayaan lain.

''Banyak yang boleh kita pelajari dengan membaca kerana menerusinya kita memperoleh idea, pengajaran dan pengalaman bagaimana untuk berjaya dalam hidup," katanya yang meminati buku himpunan mutiara kata petikan ucapan pemimpin-pemimpin tersohor dunia.

Kemenangan Nur Aqilla menewaskan dua peserta lain, Nur Ainna Maryam Nor Azman dari Sekolah Kebangsaan Kangkong, Pasir Mas, Kelantan dan Nasuha Yaacob dari Sekolah Kebangsaan Sri Kulim, Kedah yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu Nur Adilla pula mengalahkan Muhammad Izzat Syameer Mohd. Zaid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati, Pasir Mas, Kelantan dan Nurhaziqah Norani dari Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdullah, Kuching Sarawak.

Utusan Malaysia

*****
Assalamualaikum..
cuma nak beritahu,FJ ada disana.haha.
.........

Wakil Kedah untuk kategori sekolah menengah,Kak Shida dapat top 5 daripada 16 orang peserta kalau tak silap FJ.
Satu pencapaian yang sememangnya membanggakan seluruh warga Badlishah*clap3*..hehe..
Tahniah kak..

Baiklah,buat kedua-dua johan.Pada FJ saudari Aqilla dan Adilla ni memang layak untuk merangkul gelaran johan.Bakat mereka untuk menjadi pemidato yang hebat memang terserlah berbanding peserta-peserta yang lain.Ada sahaja idea yang dilontarkan dan yang paling menarik semestinya melalui slot pidato spontan.Sememangkan tidak dapat disangkal lagi kepetahan bicara dua beradik ini..
Paling Fj ingat,kedua-dua pemidato ini menggunakan butir bicara yang hampir sama dan mengundang tawa seluruh ahli dewan"unta-unta dan Pulau Mutiara"
Perkataan yang meyakinkan lagi para hadirin dan sepertinya menyatakan "ya..Aqilla dan Adilla ini memang dua beradik"..mungkin juga ada yang menggeleng sambil *tersenyum*.. :)

Bakat mereka semakin terserlah apabila berani memasukkan dialek Pulau Pinang atau Pulau Mutiara semestinya..
jika tidak silap..begini lagaknya "mai mami nak habaq maaiii nii...."sambil tangan memanggil digawangkan....hurm..berani kan ?apa ada pemidato yang lain melakukan aksi sebegitu?haha..
Setiap pergerakan tangan,pergerakan bebola mata dan bait-bait kata yang lahir memang diadun sesempurna yang mungkin.Memang menarik..seperti ada magnet yang menarik perhatian..ilmu apa ya yang mereka gunakan?ilmu alam mungkin?ah,apa perkaitannya pula mata pelajaran geografi dengan pidato?adakah kerana keduanya menggunakan bahasa Melayu?haha...

Tahniah buat adik Nasuha dengan gapaian pencapaian tempat ketiga bagi peringkat sekolah rendah.Wakil Kedah,org Kulim lagi..haha.InsyaAllah,adik bakal jadi pemidato yang berjaya satu hari nanti..

Sekian sahaja..

FJ
9:16:56 p.m


10.10.09

EiD miLad Sa'iD

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...
Idzni,selamat hari lahir...semoga panjang umur dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.
ni dah 14 tahun ni,dah besar..hoho..(x sodar laks diri ni lagi dah besar).
may this birthday be just the beginning of a year filled with happy memories, wonderful moments and shining dreams...
Natasha,selamat hari lahir juga.
may Allah bless both of you.InsyaAllah.
Terima kasih untuk makan-makan kelmarin tu...hehe




happy sweet 14th
tasha & idzni

-FJ-
9:55:02 a.m.

18.9.09

SalaM PerAnTau

Assalamualaikum....

disini FJ nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya buat abg apit sekeluarga.Raya elok-elok dekat sana dan sambil-sambil makan kueh raya tu tu,ingat-ingat kami kat sini.Hafiyya, kalau dapat duit raya banyak,share dengan mak ndak eh?jangan bagitau ibu tau..hoho..
tidak lupa juga huluran ampun dan maaf andai ada silap dan salah terutamanya kepada kak diana,mintak ampun mintak sori..halalkan kambing lembu pokok segala macam dari ladang (anda faham..saya tahu..haha..lama dah x bukak..jadi apa taktau laa)..


persiapan raya keluarga M.H.J





Di kesempatan ini juga,FJ sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya buat abg mod nip yg berada nun jauh di sanaaaaa(padahal,beza 1 jam ja..haha)..tunggu tahun depan kita kumpul balik ramai ramai..ok?

Akhir sekali,salam lebaran buat ANDA juga...selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin :)

FJ

10:54:10 a.m.


16.9.09

CiNta RaSuLullaH

........................
Dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan....

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang!

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khuatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis salati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii, ummatiii? ' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma solli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

......................
bacalah berulang-ulang kali pun...jemu takkan pernah bertandang..cuma mungkin air mata yg mengiringi pembacaan...renung-renungkanlah betapa tinggi kasih dan sayangnya Rasulullah S.A.W. kepada kita...ya...kepada ANDA juga..
 
Copyright @ 2008 BiCaRa GLokaL | Design By: NT-Webagentur | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top