About Me

My photo
..juSt an ORdinAry pErSon .... LeaRn to Be EXTRA oRdiNarY ...

Islamic Widget

cebisan kenangan

28.8.09

SaLam RamAdhAn

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...
kita bertemu lagi dalam ranc...
erk..aiseyh,silap siaran..huhu
ok,berbalik kepada siaran yang sebenarnya...
ye..masuk hari ni dah..hurm..1,2,3,4,5,6
owh ye..
hari ke 7 puasa..
masih x terlewatkan untuk FJ ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubaraq..
Ramadhan..bulan yang penuh keberkatan,bulan yang menjanjikan seribu satu kenangan dan kemanisan serta ganjaran pahala yang berlipat ganda dalam kehidupan individu Muslim...



Bulan Ramadhan ni lah bulan kita nak berkumpul satu family..ramai2 berbuka,bersahur.Yela..kalau bulan bulan yang lain,sorang di meja makan,sorang di bilik,sorang lagi depan tv..jarang duduk sekali,kan?
Lepas tu pulak..dalam Ramadhan,kita ada solat sunat tarawih..kalau x larat buat 20,buat 8 pun jadi..dapat jugak pahala dari melewaq merata..
lagi ada tadarus Al-quran...kalau bulan2 yg lain,malas tu selalu je jadik pendamping(erk..sbb cik tan ada kot?bulan Ramadhan kan cik tan kena rantai..kui3)masa ni laa kita nak memperbanyakkan bacaan ayat suci Al-Quran,memperbaiki kesalahan bacaan kita yang akan diperbetulkan rakan-rakan tadarus yang lain,sama-sama mencari maksud bacaan.Haaaa..kan dah banyak pahalaaaa..
cukup lah setakat ini sahaja..nanti-nanti kita bercerita lain,kalau panjang sangat nanti x terbaca,penat pulak..kan puasa..
.............................................................
bagi yg terlebih saliva sebab puasa,layan sajaaa HANG TUAH ini...
tapi,jangan berlebihan proses pengurangan tu..
takut nanti kering sangat pegi bukak peti sejuk pulaak..



FJ
3:20:24 p.m.

14.8.09

HaTi DaN KitA

APaBIla SALah SaTU PInTu KEbAHaGiAaN
TErtUtuP, YaNg LaIn AKaN TerbUka TaPi
LaZimNya KiTa AkaN mEManDaNg pInTu
YaNg TElAh TErtUTup ItU TErlaLu LaMa
HIngGakaN KiTa tIdAk NaMpak PiNtu YAnG
TElaHpuN DIbuKakAn UNtuK KIta...

MEmaNg BEnAr YaNg KiTa TiDak akAn TaHu
APa YaNg TeLah KiTa PuNyai SEhinGgalAh
KiTa KEhiLanGaNnyA DaN JUga BEnAr
BaHaWa kiTa tIdaK taHu aPa YAng KitA
RinDuKan SeHiNggAlah 'Ia' DaTaNg...

MEmBeri SEseOrAng SELuRuh CiNtA ANda
BuKaNlah SaTu KEpaStian YaNg MerekA
AKaN MEnYiNtaI ANda KeMBaLi!

JAnGaN HAraPkAn CiNta SEbaGai BAlaSaN...
NAntiKan SAhaJa Ia unTuK MeKar dI
DaLaM haTi meReKa TApi sEkIrAnYa iA
tiDAk, paSTiKanlAh Ia terUs mEkAr Di
DAlaM HAti aNda...
iNgAtlaH..iA cUmA mEngAmbiL
maSa seMiNit UNtuK JAtuh haTi PAda SeSeOrAng..
SAtU jaM uNtUk mEnYukAi seSeoRaNg..
Satu Hari Untuk Menyintai Seseorang..
TetTapI Ia MEnGamBil mAsa
sEpAnjaNg hIduP unTuk MeLuPaKan
SEsEorang...

MUnGkin TUhAn SEnGaJa MaHu kIta
BErjUmpA dEnGan ORanNg yAng SaLah..
SeBeLum MeNemUi INsAn YAng beTuL..
sUpAya APabIla kiTa AkHirnYa MeNemuI
INsaN YAnG beTul, kiTa akAN TAhU
bAgAiMana UNtuK BErsYukUr DEnGan
NiKmAt PEmbEriAn DaN HIkmAh Di SeBaLik
PeMbeRiAn TeRseBuT...

kan..?


FJ
6:45:35 p.m.

13.8.09

LaByRiNTh



Labyrinth..rasa macam betul2 baru habis berjaya menemui jalan keluar..fuh..sangat mencabar utk habiskan buku cerita 'thriller' ni..
buku ni memang best...happy ending n FJ sendiri x jangka Salman tu pembunuhnya..

ending nya membuatkan kita 'terperanjat' dan tak sangka akan jadi mcm tu...kadang-kadang membacanya membuatkan otak kita berjalan dalam Labyrinth..takut..cemas...kot kot tak jumpa jalan keluar la kan...sampai ajal,terkiok dalam tu..huhu..
walaupun cerita thriller..bahasa yang digunakan adalah dengan cara bersahaja..lawak tu ada jugak..

~Ada sebuah bar dengan ratusan botol, ratusan bentuk dan ratusan mabuk menghiasi rak kabinet.
Bartender berbangsa melayu yg ligat beraksi melambung botol yang membuat Tom Cruise dalam Cocktail kelihatan seperti amatur. Di dalam hati Kamal mengharapkan botol itu terlepas dan jatuh menimpa kepala bartender tersebut lalu dia akan menjadi amnesia dan Kamal akan membisikkan kepadanya bahawa dia seblum ini adalah seorang bilal dimasjid.(haha)
~"Pencuci mulut kita aiskrim ajelah, Okey?" "Aku lepas makan cuci mulut dengan air paip aje" jawab Dani sambil ketawa kecil. Kamal turut ketawa.

owh ye..ni la labyrinth..

............
Dr. Aqmar Aziz....Nuur Khalida..Tengku Dara..nama2 ni membuatkan hati x tenang hingga memaksa FJ berlari lari turun ke bawah meninggalkan Labyrinth semata-mata untuk mencari buku Surat Ungu Untuk Nuha karya Noor Suraya..selak punya selak..hurm..patut la..kebanyakan karya terbitan JS ni dalam satu universe yg sama..hehe..

tapi..ada persoalan yang belum dapat dirungkaikan..apa yang menyebabkan si pembunuh melakukan siri pembunuhan yang kejam tu?adakah dia sudah tidak siuman?psikopat??cet..macam Ikram dalam Aqso Madina plak..genius tapi gila?
hurm..mungkin itu hanya tugas pembaca..tugas untuk berfikir..ye..ye..masih berfikir..tapi...apa dayanya..xdak jawapan jugak..owh yeah..mungkin ada Labyrinth 2??menceritakan kesinambungan kisah Dani-Maira?mungkin juga Natasha-Kamal-Hanani??kacau!!da re ga shitteru..haha..

Fj
9:10:56 p.m.

5.8.09

KEmaTian MenAnTi Di SaNA..

SeTiap MakhluK Allah YanG berNyaWa pAsti AkaN KeMbaLi..
MAti..
KeMatian Tak PeRnaH keNal ErTi UsiA..
TuA..MuDa..MEskiPuN BaYi YaNg HanYa seMpat BerDegup JAnTungnYa..
YanG hanyA semPat meRasaI seSAatnyA keHidupAn..
..adaNYa hidUp ..paSti kEmatian Menanti dI saNA..
dI suDut TErakhir Hidup iNi yAng BuKan sIapa-SiaPA..haNya
..hamBa...
ya.. hAnya SebAgaI hamba..
....
Al-Fatihah..

29.7.09

BidaDari PaDeRi



assalamualaikum...
wooh..abis sudaa..
khatamnya BIDADARI PADERI dalam masa..hurm..2 ari..err..
lebih tepat..2 malam..ni kes leh baca malam2 je..petang2 xbley..
ok..kembali ke topik asal..ye..bidadari paderi..
paderi??

bukan...bukan paderi tu laa..
ni kumpulan Paderi..yg dalam buku ni merujuk kepada..
gerakan pembaharuan Islam yg berlangsung di Minangkabau,Sumatera Barat.
kumpulan pejuang Islam ni terkenal masa zaman penjajahan belanda dulu2..sekitar tahun 1800-an..
paderi ni lebih kurang mcm mmbawa maksud golongan ulama..
watak utama dlm cerita ni..Jauhar..dia guru mengaji..
kalau baca betul2 kisah dia ni..boley kata mcm fahri yg dalam ayat2 cintun(hehe)tu..
dia ni kena fitnah bunuh org..lepas tu kena buang kampung..
dekat luar tu..dia kena paksa jual kacang...penjualan tu cuma nak tutup mata org ramai..coz sebenarnya..org yg paksa dia tu..jual ganja....kalau dia taknak ikut..keluarga angkat dia kena bunuh..
satu ari ni,dia kena tangkap..
dia dimasukkan dalam penjara..lepas dibicarakan n hakim putuskan dia kena hukuman gantung..
tapi last2 minit..ada org datang bagi keterangan yg betul..yang boley selamatkan dia..hurm?ada mcm ayat2 cintun tu tak?ada kan?kan?
lepas dia dah bebas tu..kena pegi berperang..
dalam peperangan tu..ramai org syahid..so..tinggal sikit je la org dalam gerakan paderi ni...
n dalam perang yang kedua..tiba giliran dia pulak..meninggal..
so..cerita ni..hurm..menarik..bahasa dia tak susah sangat..owh ye..kenapa bidadari paderi?
coz..bila dah syahid..nnti akan dapat seorang bidadari di syurga..bidadari paderi ni jugak merujuk kepada isteri-isteri Jauhar ..Nilam dan Rafiah..n wanita2 yg turut sama dalam perang tu..dan syahid di jalan Allah..
.......................
kesimpulannya...bidadari paderi
sebuah novel yang menerapkan erti sebuah perjuangan yang mana mengajar..utk lebih tabah dlm menerokai alam baru..n utk menegakkan agama..dalam menentang adat dan cara hidup yg bercanggah dengan ajaran Islam..
.....
petikan akhir..

"bererti orang Paderi kalah,Gaek?"tanya Husain."Jadi sia-sia ayah dan ummi meninggal?"


"Tidak,nak.Ayah dan ummimu tidak meninggal secara sia-sia.InsyaAllah,mereka mati syahid.Paderi tak mati.Mereka akan terus hidup di hati kita.Kamu,Husain,hendaklah terus berjuang.Teruskan perjuangan ayah,ummi dan datukmu.Paderi tak mati,nak.Asal kamu menghidupkan mereka di hatimu".
....

ya..terus dihatiku...lala~

f.j.
9:35:54 p.m.


20.7.09

duLU daN kIni...

Jangan salah faham..tiada gambar komunis atau gambar prajurit terdahulu yang akan dipaparkan..sesungguhnya hanya pengorbanan mereka yang akan menjadi tajuk coretan...juga..tiada gambar remaja kini yang akan ditayang..hanyalah..tingkah laku mereka yang akan menjadi isu perbualan..ya..dulu dan kini...haha..itu cuma tajuk puisidra...dulu dan kini..banyak perbezaannya..jika dulu kita berkorban untuk satu kemerdekaan..

kini..kita berkorban utk dijajah kembali..dijajah minda yang tak pernah merdeka..atau mungkin lebih tepat FJ katakan..minda melayu..
FJ juga orang melayu...tapi..tak dapat dinafikan..kadang kala..terbit rasa iri hati dengan cara pemikiran bangsa lain..bukan..jangan fikir ini isu perkauman..ini hanya pemikiran FJ..hurm..siapa tahu..ada juga yang bersetuju kan?..orang melayu..janji melayu..minda melayu..sering dianggap berada di kedudukan tercorot..ya?ada yang mahu menyangkal?pada FJ..itu..sebuah fakta..sebuah kenyataan juga..mungkin persepsi dunia kini pada orang Melayu..
melayu mudah terikut..namun Fj percaya..yang takkan Melayu hilang didunia..cewwah!
Ya...FJ orang melayu..n I'm proud of it..yeah!biarlah apa kata orang..yang penting kita tahu.. yang MELAYU..ada keistimewaan tersendiri..juga tidak mustahil menuju ke arah pemikiran glokal..siapa tahu kan?
...................................................

FJ
11:45:20 a.m.

14.7.09

beRitaHu diA..

Beritahu muslimah itu..
dirinya ibarat kaca...
disentuh terguris..dihantuk serpih..dihempap berkecai..

Beritahu pada muslimah itu..jaga tutur kata...
cakap tinggi nanti dibenci..terlalu rendah..dipijak pula..
cakap sombong mengundang lawan..
hati-hati meluah kata..kerana pulut santan binasa..
kerana mulut..badan binasa...

Beritahu pada muslimah itu..jaga tingkah laku..
harga diri letaknya di situ..
sesekali tersilap langkah..akan dihukum selamanya..
keturunan dicerca payah..
menyesal kemudian bukan faedah..

Beritahu muslimah itu....jaga pakaian..
ia cermin peribadi..juga lambang bangsa...
dimana dan dalam keadaan manapun..
biar orang kenal...
dia orang ISLAM...

Beritahu pada muslimah itu..simpan secebis malu...
kerana malu itu..
sebahagian daripada iman..
 
Copyright @ 2008 BiCaRa GLokaL | Design By: NT-Webagentur | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top